PROFIL SEKOLAH


                                                                                                     Kata-kata aluan

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Bersyukur saya kehadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat kita berbicara di ruangan yang terbatas ini. Ruangan ini diwujudkan sebagai tanda penghargaan saya yang tidak terhingga kepada pensyarah Bahasa Melayu....
Dr. Khairuddin kerana tunjukajarnya membina laman blog.
     Pengetahuan pembinaan blog merupakan suatu yang baru bagi saya.Saya dapati untuk belajar membina blog saya perlu mengetahui beberapa perisian utama komputer seperti penggunaan internet, mencari bahan URL , youtube dan pengaplikasian serta pemidahan bahan dalam blog .
    Sesungguhnya penghasilan blog sendiri ini merupakan transformasi ilmu komputer kepada guru seperti saya.Ianya bukan sekadar pengetahuan biasa tetapi boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ( p&P ). Malahan ia dapat membantu para guru semasa P&P  terutama bagi sekolah yang mempunyai kemudahan kemudahan makmal komputer.Selamat melayari laman blog ini. Sekian, terima kasih. 





SEJARAH SEKOLAH

          Sekolah ini dinamakan Sekolah Kebangsaan Puncak Alam ( 2 ) kerana dibina di kawasan perumahan Bandar Baru Puncak Alam Fasa II. Sekolah ke dua dibina di sini selepas SK Puncak Alam di Fasa 1. Terletak di tengah-tengah Perumahan Seksyen 7, Puncak Alam dalam Mukim Jeram, Daerah Kuala Selangor.
          Dibina atas tanah berbukit seluas 9 ekar, lanskapnya bertingkat dan tanah yang ditarah menjadikan sekolah ini lebih menarik. Projek secara “design and build” yang menelan belanja RM 11 juta, dibiayai oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, telah dimajukan oleh Puncak Alam Housing Sdn Bhd, direkacipta oleh arkitek Konsurtium Kinta Samudra dan disiapkan pembinaannya oleh Haluan Prisma Sdn Bhd.
          Sekolah ini merupakan sebuah institusi yang tersergam indah mempunyai 6 Blok Bangunan Utama. Sekolah ini asal dibina bersama bangunan khas dengan Dewan Gemilang, Kantin, Pra-Sekolah, Surau, bangsal basikal dan tempat menunggu bas.
          Tarikh – tarikh lantikan pertama sekolah seperti berikut. Guru Besar sekarang penyandang DGA38, Guru Besar Cemerlang ( lantikan 16 Mei 2004 ). Penolong Kanan 1 pada 1 Jun 2004. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid lantikan  1 Jun 2004. Penolong Kanan Kokurikulum lantikan sejak 1 Ogos 2004 . Mulai 1 Februari 2005 jawatan Penyelia Petang diwujudkan apabila sessi persekolahan petang bermula.
          Pada 14 Jun 2004, bermula pembukaan sekolah dengan seramai 973 orang murid, 26 kelas, 45 orang guru dan 2 orang kakitangan sokongan. Kemasukan murid yang kebanyakannya dari sekolah berhampiran dan dari keluarga yang telah duduk menetap di Bandar Baru Puncak Alam, kawasan Fasa 2, Fasa 3 serta Shah Alam 2. Sekolah menawarkan murid Tahun  1, Tahun 2, Tahun 3 dan Tahun 4 sahaja bagi memulakan persekolahan sulongnya.

STATISTIK BILANGAN KELAS MENGIKUT JUMLAH MURID ( 2004 – 2009 )
TAHUN
PRA
KELAS PAGI
KELAS PETANG
JUMLAH
KELAS
JUMLAH
MURID
2004
0
26 Kelas
0
26
985
2005
1
28 Kelas
16 Kelas
44
1653
2006
2
21 Kelas
31 Kelas
52
1997
2007
2
29 Kelas
32 Kelas
61
2420
2008
2
31 Kelas
33 Kelas
64
2500
2009
2
33 Kelas
36 Kelas
69
2853

          Sekolah dibantu oleh 3 orang pengawal keselamatan swasta dan 5 orang pekerja swasta Perkhidmatan Pembersihan bermula 1 Jun 2004. Pengusaha Kantin sekolah yang pertama bermula 14 Jun 2004 dan begitu juga pengurusan Kedai Buku sekolah juga diswastakan sejak tarikh yang sama. Hubungan dan kerjasama yang padu antara satu sama lain adalah kunci kepada keharmonian dan kebaikan kepada sekolah.
          Persatuan Ibubapa Guru ( PIBG ) telah didaftarkan pada  17 Mei 2005. Temasya Sukan Tahunan kali pertama pada 17 & 18 September 2005. Keputusan UPSR calon pertama Tahun 6, Tahun 2006 menjadi kayu pengukur pencapaian akademik sekolah ini. Murid Prasekolah menjadi Johan Tarian Rampai Pesta Kesenian Prasekolah Peringkat Negeri dan Johan Kebangsaan kali pertama 2007. Pada tahun 2009 ini juga SKPA2 telah menjadi johan dalam Pertandingan Kompang Selawat Peringkat Kebangsaan.
                    Hari berganti, minggu berlalu, memang cukup optimis sekolah ini akan mencatat sejarah kejayaan demi kejayaan yang cemerlang sepanjang meniti usia menjadi lebih dewasa. SKPA2 terus gemilang dan menjadi antara yang terbilang.







VISI SEKOLAH


Pada Tahun 2010 Sekolah Kebangsaan Puncak Alam ( 2 )
Institusi Pelajaran Yang

Aktif

 Berkesan

Ceria





MISI SEKOLAH

Ke Arah Pengurusan Yang Sistematik

Dapat Melaksana Perkhidmatan Penyampaian

Ilmu Pengetahuan Untuk Semua.







LENCANA SEKOLAH





BENTUK

BULAT      :           Bulat di tengah melambangkan permulaan yang         betul dan kepaduan matlamat penubuhan sekolah untuk memenuhi harapan masyarakat.

EMPAT SEGI      : Empat segi melambangkan 4 bidang yang
perlu ditangani iaitu rohani, jasmani, intelek dan emosi.

REBEN      : Reben melambangkan selendang yang
menyatukan semua  bidang yang ditetapkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan harapan
masyarakat

WARNA

MERAH    : Bersemangat berani dan sanggup mengharungi
cabaran demi memenuhi harapan dan mencapai kejayaan sekolah.

BIRU         :  Perpaduan beserta kerja kuat kea rah mengisi
keperluan dan kehendak warga sekolah.

KUNING   : Kepatuhan kepada peraturan dan undang-undang menjamin sekolah menjadi tempat yang selesa, harmoni dan sesuai untuk menimba ilmu.
LAMBANG

SKROL               : Melambangkan semangat terus membara
untuk menjulang kejayaan dan memenuhi
wawasan kecemerlangan serta harapan
sekolah dalam akademik.

BUKU                 :  Sumber ilmu dan model rujukan.  

KOMPUTER       : Inovasi dan kelengkapan kepada penyaluran
ilmu pengetahuan mengikut perkembangan
zaman.

BINTANG          : Mercu kegemilangan yang tinggi yang semua
warga sekolah perlu gapai dan realisasikan.

GELUNG          :  Lima gelung melambangkan bidang
kesukanan dan kecergasan jasmani untuk
menjadi warga sihat, kuat dan aktif melalui
olahraga, permainan, rekreasi dan
memperolehi kemenangan dalam penyertaan
pertandingan.

2004                 :  Tahun sekolah ditubuhkan.





MOTTO SEKOLAH


SEKOLAH KEBANGSAAN PUNCAK ALAM ( 2 ), JERAM, KUALA SELANGOR


CEMERLANG                    GEMILANG                       TERBILANG



CEMERLANG

                   Kami sentiasa berfikiran CEMERLANG, berusaha kea rah kecemerlangan berterusan dan mencapai prestasi yang CEMERLANG.



GEMILANG

                   Kami mematlamatkan sekolah menjadi GEMILANG murid, guru, akademik, ko-kurikulum, perkhidmatan dan iklim sekolah sepanjang masa.



TERBILANG

                   Kami berwawasan dan berusaha ke arah menjadi sekolah yang duduk antara sekolah yang TERBILANG di Malaysia.






BENDERA SEKOLAH



WARNA BENDERA

MERAH    : Lambang berani dan warganya sentiasa bersatu
padu membina serta membangunkan sekolah untuk
maju dan berjaya.


KUNING   : Lambang kedaulatan dan warganya sentiasa
menjunjung peraturan dan undang-undang yang
ada untuk menjaminkesejahteraan rohani dan fizikal
sekolah.
                   


LAMBANG

LENCANA         : Lambang / simbol sekolah yang berada dalam
Negeri Selangor Darul Ehsan.