Selasa, 7 September 2010

Tugasan : Mari Bercerita

1. Anda dikehendaki untuk memainkan video bertajuk "Cerita Sang Kancil" ini dan membuat catatan yang berkaitan.
2. Berdasarkan video bertajuk "Cerita Sang Kancil" ini, anda dikehendaki untuk memberikan dua pengajaran yang diperoleh daripada tayangan video yang telah anda lihat.
3. Jawapan anda akan dibincangkan bersama-sama dalam kelas.


Jumaat, 13 Ogos 2010

Khamis, 29 Julai 2010

Pantun kanak-kanak

Anak rusa nani
Baru kembang ekor
Apa dosa kami
Lalu tidak tegur

Buai laju-laju
Sampai puncak sana
Apa dalam baju?
Sekuntum bunga Cina

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Belum tumbuh gigi
Pandai baca kitab

Ayam kedek-kedek
Beri makan padi
Abang sayang adik
Mesti ajar mengaji

Burung kenek-kenek
Hinggap bawah batang
Apa pesan nenek
Cepat-cepat pulang

Pok amai-amai
Belalang kupu-kupu
Bertepuk adik pandai
Malam nanti upah susu

Susu lemak manis
Santan kelapa muda
Adik jangan menangis
Emak banyak kerja

Air pasang pagi
Surut pukul lima
Bangun pagi-pagi
Siram pokok bunga

Pokok bunga melur
Tanam tepi batas
Itik dah bertelur
Ayam dah menetas

Lompat si katak lompat
Lompat dalam perigi
Cepat adik cepat
Pergi mandi cuci gigi

Lompat si katak lompat
Lompat di tepi pagar
Sekolah lekas dapat
Dan mesti rajin belajar

Lompat si katak lompat
Lompat di air tenang
Pergi sekolah cermat
Emak bapa hati senang

Lompat si katak lompat
Lompat di rumput muda
Belajar kuat-kuat
Buat ilmu hari tua

MARI MEMBACA