Khamis, 29 Julai 2010

Pantun kanak-kanak

Anak rusa nani
Baru kembang ekor
Apa dosa kami
Lalu tidak tegur

Buai laju-laju
Sampai puncak sana
Apa dalam baju?
Sekuntum bunga Cina

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Belum tumbuh gigi
Pandai baca kitab

Ayam kedek-kedek
Beri makan padi
Abang sayang adik
Mesti ajar mengaji

Burung kenek-kenek
Hinggap bawah batang
Apa pesan nenek
Cepat-cepat pulang

Pok amai-amai
Belalang kupu-kupu
Bertepuk adik pandai
Malam nanti upah susu

Susu lemak manis
Santan kelapa muda
Adik jangan menangis
Emak banyak kerja

Air pasang pagi
Surut pukul lima
Bangun pagi-pagi
Siram pokok bunga

Pokok bunga melur
Tanam tepi batas
Itik dah bertelur
Ayam dah menetas

Lompat si katak lompat
Lompat dalam perigi
Cepat adik cepat
Pergi mandi cuci gigi

Lompat si katak lompat
Lompat di tepi pagar
Sekolah lekas dapat
Dan mesti rajin belajar

Lompat si katak lompat
Lompat di air tenang
Pergi sekolah cermat
Emak bapa hati senang

Lompat si katak lompat
Lompat di rumput muda
Belajar kuat-kuat
Buat ilmu hari tua

MARI MEMBACA






Rabu, 28 Julai 2010

Pemulihan dan Pengayaan Bahasa Melayu .

Pemulihan dan Pengayaan Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Kandungan tajuk:
1) Konsep, objektif dan rasional pendidikan pemulihan .
2) Perbezaan pengelolaan dan strategi.
3) Masalah penguasaan pembelajaran dan cara mengesan kesukaran pembelajaran.
4) Langkah-langkah khusus dalam pengelolaan sesi pemulihan.
5) Penyediaan rancangan pengajaran pemulihan .
6) Penyediaan bahan bantu mengajar,sesi latihan dan penilaian .
7) Pendidikan pengayaan.
8) Prosedur program pendidikan pengayaan.
9) Perlaksaaan aktiviti pengayaan
10) Penyediaan bahan bantu mengajar, rancangan mengajar dan sesi pengayaan.